Kita sedang menghayati zaman yang penting bagi tamadun manusia. Dalam setengah abad yang lalu, umat manusia telah mengalami dua peperangan besar dan kini sedang hidup di bayang-bayang kemusnahan sepenuhnya. Generasi pasa masa ini telah menyaksikan pengangguran berleluasa dan kebuluran, fasisme dan bilik gas, pembunuhan zalim rakyat kolonial di Kenya dan Malaya, Maghribi dan Korea.
Namun, di kalangan pergolakan-pergolakan ini, kelas pekerja di beberapa negara di dunia Barat – Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Norway, Sweden, Belanda, Denmark, Jerman dan lain-lain – menunjukkan kesetiaan degil kepada Reformisme, iaitu kepercayaan dalam kemungkinan perbaikan besar dalam keadaan-keadaan di bawah kapitalisme, dan penolakan penumbangan revolusioner kapitalisme. Mengapa? Mengapa sikap tidak peduli dan penolakan perubahan-perubahan revolusioner dalam masyarakat, sambil umat manusia secara menyeluruh berada dalam genggaman perjuangan hidup dan mati?
Hanya jika kita mendapat jawapan yang tepat kepada soalan ini dapat kita menjawab satu lagi soalan yang lain: Berapa lamakah dapat Reformisme menolak ke tepi hasrat revolusioner kelas pekerja? Tidak terdapatnya soalan yang lebih penting bagi pihak Sosialis di dunia Barat dan maka bagi gerakan Sosialis sedunia. Rencana ini adalah percubaan untuk menyumbangkan sesuatu kepada penjelasan masalah-masalah ini.
Teori Lenin
Marxsis paling penting yang menghuraikan dasar Reformisme merupakan Lenin.
Pada tahun 1915, dalam rencana yang bertajuk ‘Penumbangan Internasional,’ Lenin menjelaskan Reformisme, atau untuk mengguanakan ungkapannya, Pengambilan Kesempatan, seperti berikut: “Zaman imperialisme adalah zaman di mana pengagihan dunia menentang negara-negara ‘hebat’ dan berkeistimewaan, oleh siapa setiap negara lain ditindas, adalah disempurnakan. Sisa hadiah yang dinikmatikan oleh golongan berkeistimewaan hasil daripada penindasan ini sudah pasti jatuh kepada bahagian-bahagian tertentu dari borjuasi kecil dan golongan bangsawan dan birokrasi kelas pekerja.”
Berapa besarkan bahagian kelas pekerja yang menerima ‘sisa hadiah’ ini? Lenin mengatakan, “… bahagian-bahagian ini mewakili minoriti sangat kecil daripada proletariat dan golongan bekerja.”
Dan seiras dengan kajian ini, Lenin menghuraikan Reformisme sebagai “kesetian sebahagian daripada kelas pekerja dengan borjuasi, menentang majoriti proletariat.”
Dasar ekonomi bafi ‘bangsawan pekerja’ yang kecil dapat dijumpai, menurut Lenin, dalam imperialisme dan keuntungan besar. Dia menulis dalam keterangan bertarikh 6hb Julai 1920, kepada bukunya bertajuk Imperialisme: Tahap Tertinggi Kapitalisme:
“Sememangnya, dari keuntungan besar seperti itu (kerana ia dirangkul lebih dahulu daripada keuntungan yang pihak kapitalis memerah dari pekerja di negara mereka ‘sendiri’), ia tidak mustahil untuk merasuahi pemimpin-pemimpin pekerja dan lapisan teratas bangsawan pekerja. Dan pihak kapitalis dari negara-negara ‘maju’ memang merasuahi mereka: mereka merasuahi dengan seribu cara, secara langsung dan tidak langsung, tersurat dan tersirat.
“Lapisan pekerja yang dijadikan borjuasi atau ‘bangsawan pekerja,’ yang telah menjadi borjuasi kecil dalam cara kehidupan, dalam jumlah pendapatan, dan dalam pandangan, digunakan sebagai sokongan utama bagi Internasional Kedua dan, pada hari kami, sokongan sosial (bukan ketenteraan) utama bagi borjuasi. Mereka merupakan ejen-ejen borjuasi dalam gerakan pekerja, leftenan pekerja bagi kelas kapitalis, pendukung reformisme dan cauvisnisme.”
Artikel selengkapnya bisa dibaca di sini Penulis: Tony Cliff Sumber: Socialist Review, 1957. Hak cipta Socialist Review. Penterjemah: Muhammad Salleh (Mei 2002).